Tuesday 27 September 2011

Panduan Penulisan Kertas 2 Bahagian A UPSR

PENGENALAN

Ø  Bahasa Melayu Kertas 2  (012) dalam bentuk ujian subjektif.

Ø  Terdapat lima soalan yang akan  dikemukakan kepada calon iaitu Bahagian A (1 soalan), Bahagian B (3 soalan) dan Bahagian C (1 soalan)

Ø  Calon hanya perlu menjawab 3 soalan sahaja iaitu setiap bahagian 1 soalan sahaja .

Ø  Sebanyak 60 markah diperuntukkan iaitu Bahagian A (10 markah), Bahagian B (30 markah) dan Bahagian C (20 markah).
Ø  Jenis item yang diuji ialah dalam bentuk respon terhad bagi bahagian A dan C, manakala respon terbuka untuk Bahagian B.

Ø  Pemarkahan secara holistik berdasarkan kriteria penskoran yang ditetapkan.

BAHAGIAN  A

Ø  Gambar terdiri daripada gambar tunggal, gambar bersiri, jadual, pelan, kitaran dan peta.
Ø  Calon perlu meneliti maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut.
Ø  Bina ayat dengan menggunakan nombor.
Ø  Masa yang dicadangkan untuk menjawab bahagian ini ialah 15 minit.
Ø  Markah yang diperuntukkan ialah 15 markah.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti dalam gambar di bawah ini.


Langkah 1: Memahami  dan meneliti gambar

Ø  Teliti dan cari maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut.
Ø  Rangka idea seperti siapa / apa / di mana /bila / mengapa berdasarkan gmbar.

Langkah 2: Baca dan cari kunci soalan

Ø  Baca keseluruhan soalan dan cari kunci soalan.
Ø  Kunci soalan bagi soalan perbincangan ini ialah sama ada tentang aktiviti, tentang gambar atau tentang situasi.
Oleh itu, ayat yang dibina mestilah mengandungi kata kerja dan merujuk maklumat yang terdapat dalam gambar.

Langkah 3: Bina rangka ayat.

Ø  Tulis perkataan yang sesuai tentang gambar  
Ø  Digalakkan calon menulis pada gambar berkenaan agar tidak terpesong atau idea berulang.
Contoh:  1. tiga murid – menyapu sampah
               2. murid   - menyusun hadiah
               3. guru lelaki – menggantung kain rentang
               4. guru lelaki – mengangkat rostrum
               5. murid lelaki – menyusun sofa

Langkah 4: Bina lima ayat lengkap

Ø  Tulis lima ayat sahaja berdasarkan rangka ayat.
Ø  Setiap ayat dicadangkan mempunyai nombor.
* Jumlah kesemua ayay yang dibina digalakkan lebih daripada 30 patah perkataan.
   Murid menulis ayat lengkap dan bukan ayat mudah.

Jawapan contoh:

1.     Tiga orang murid lelaki sedang menyapu sampah di dalam dewan supaya kelihatan bersih dan cantik.
2.     Beberapa orang murid perempuan sedang membantu seorang guru perempuan menyusun hadiah di atas meja.
3.     Beberapa orang guru lelaki bekerjasama menggantung kain rentang pada dinding dewan.
4.     Dua orang guru lelaki sedang mengangkat rostrum ke atas pentas untuk digunakan semasa sesi ucapan nanti.
5.     Dua orang murid lelaki membantu seorang guru menyusun sofa di bawah pentas.

Langkah 5: Menyemak

Ø  Selepas menulis jawapan, semak struktur  ayat, penggunaan perkataan, tanda baca, imbuhan dan ejaan.
Ø  Pastikan ayat yang dibina berkaitan gambar.
Ø  Pastikan membina ayat gramatis.  

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti dalam gambar di bawah ini.


Jawapan contoh:

1
Tiga orang murid lelaki sedang menyapu sampah di dalam dewan supaya kelihatan bersih dan cantik.

2
Beberapa orang murid perempuan sedang membantu seorang guru perempuan menyusun hadiah di atas meja.

3
Beberapa orang guru lelaki bekerjasama menggantung kain rentang pada dinding dewan.

4
Dua orang guru lelaki sedang mengangkat rostrum ke atas pentas untuk digunakan semasa sesi ucapan nanti.

5
Dua orang murid lelaki membantu seorang guru menyusun sofa di bawah pentas.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti dalam gambar di bawah ini.

Jawapan





















Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah. SJK/05

Jawapan




















Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.                                                       SJK/06

Jawapan





















Gambar di bawah menunjukkan suasana di kedai buku.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti dalam gambar di bawah ini.                            SJK/07

Jawapan



















Gambar di bawah menunjukkan satu pertandingan badminton.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti dalam gambar di bawah ini.                            SJK/08

 
















Jawapan



















Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.               SK/05
Jawapan





















Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.                                                              SK/06

Jawapan



















Gambar di bawah menunjukkan persiapan Majlis Anugerah Kecemerlangan.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang persiapan tersebut.                                                         SK/07

Jawapan





















Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah.                                                    SK/08




























Cerita Binatang

Gagak Yang Bijak

Sang Kancil

Yang Dikejar Tak Dapat
Yang Dikejar Tak Dap    

Monday 26 September 2011

Lembaran

Lembaran 1

Kumpulan : ………………….

PANTUN BUDI

Kalau menebang kalau menebang sipohon jati,
Papan di Jawa aduhai sayang papan di Jawa dibelah-belah;
Kalaulah hidup kalaulah hidup tidak berbudi,
Umpama pokok aduhai sayang umpama pokok tidak berbuah.

Bunga selasih bunga selasih sibunga padi,
Kembanglah mekar aduhai sayang kembanglah mekar di dalam taman;
Pertama kasih pertama kasih kedua budi,
Yang mana satu aduhai sayang yang mana satu nak diturutkan.

Datok laksamana Datok Laksamana ke Bangkahulu,
Belayar kapal aduhai sayang belayar kapal membawa dagang;
Bagailah mana bagailah mana kapal nak lalu,
Kuala sudah aduhai sayang kuala sudah di lingkung karang.

Bungalah padi bungalah padi bunga kiambang,
Buat hiasan aduhai sayang buat hiasan di taman bunga;
Buahlah hati buahlah hati kekasih orang,
Hamba menumpang aduhai sayang hamba menumpang gembira sahaja.

No
Nilai
Ayat
1



2



3



4



5




Lembaran 2

Latihan               

Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

 
Semasa kakak pergi bekerja, adik telah masuk ke bilik kakak dan bermain-main di situ. Sedang asyik bermain, tiba-tiba adik ternampak sebuah cenderamata kepunyaan kakak yang diperbuat daripada kaca. Cenderamata itu ialah pemberian kawan kakak yang baru pulang dari luar negeri.
          Saya telah melarang adik supaya tidak bermain-main dengan cenderamata itu tetapi adik tidak mengendahkannya. Tiba-tiba, cenderamata itu terlepas dari tangan adik dan terhempas di lantai lalu pecah berderai. Emak memarahi adik.
          Sebelah petang, kakak pulang dari tempat kerja. Kakak sungguh sedih apabila mengetahui cenderamata kesayangannya telah pecah. Adik meminta maaf dan berjanji tidak akan mengusik barang-barang kepunyaan kakak lagi.

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________